hikmah musibah...

Posted: Wednesday, May 19, 2010 by wan taruka perfect in Labels:
2

...aslm...kali nih aku memilih untuk mengisi ruangan renungan dan motivasi...tajuk post aku kali ni ialah hikmah musibah...

scara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai sesuatu yg tak disukai oleh manusia berupa pelbagai keadaan...musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi allah...oleh itu apabila ditimpa musibah kita perlu bersabar...namun sesetengah org berkata kmbali..."cakap senang la, cuba kau yg kena"...
di sini aku nak berkongsi cerita mengenai hikmah musibah...

~cerita1~
...alkisah seorang raja dan khadamnya pergi berburu rusa di hutan suatu hari...sedang sang raja membetulkan panah pada busurnya, sang raja terpanah kakinya sendiri lalu menjerit kesakitan...khadamnya terus membawa sang raja pulang ke istana dan dipanggilnya tabib untuk merawatnya...
"kaki tuanku tak boleh disembuhkan lagi" kata si tabib setelah memeriksanya...
...sang raja mengeluh akan nasib malangnya itu...
"ada hikmahnya tuanku" ujar sang khadam lantas membangkitkan kemarahan sang raja...

"apa hikmahnya pulak!..kau jgn nak cari pasal!..kau berambus dari sini!...aku tak perlukan khadam macam kau!!!" herdik sang raja...
...selang beberapa minggu sang raja pergi memburu sendirian di hutan walaupun kakinya telah kudung...malang sekali lagi menimpa sang raja apabila dia ditangkap puak kanibal iaitu puak yg tabiatnya memakan manusia...sang raja diikat di sebatang kayu sebelum menunggu ketua puak keluar untuk merestui upacara...ketua puak kemudian keluar dan meneliti sang raja sebelum upacara dimulakan...
"lepaskan dia!..puak kita tak boleh makan manusia yg tak sempurna" kata ketua puak..
...sang raja terus pulang ke istana dan menitahkan agar pengawal memanggil kembali khadamnya ke istana...di hadapan khadamnya itu, sang raja menceritakan peristiwa yg dilaluinya dan mula memahami hikmah kakinya kudung...
"beta amat menyesal kerana telah menghalau kau" ujar raja dgn wajah sugul...
"ada hikmahnya tuanku" kata sang khadam...
"apa pula hikmahnya" tanya raja kehairanan...
"kalau saya tak dihalau oleh tuanku sudah pasti saya akan menjadi mangsa kanibal itu apabila saya mengikuti tuanku berburu" ujar sang khadam...


~cerita2~
tok penghulu dan anaknya membela seekor kuda dan amat menyayanginya...suatu hari kuda itu terlepas ke dlm hutan...
"kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan tok" kata org kampung yg mengetahui berita itu...
"tak mengapa...mesti ada hikmahnya" ujar tok penghulu...
beberapa minggu kemudian, kuda tersebut pulang dgn membawa beberapa kuda liar...
"bertuahnya tok" kata beberapa org kampung...
anak lelaki tok penghulu amat gembira dgn kuda2 yg byk itu...setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya dan menggembala kuda2 yg lain...entah bagaimana pada suatu hari, anak tok penghulu jatuh dari kuda dan tangan kanannya patah...
"malang nasib tok...baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala" kata org kampung...
"tak mengapa...mesti ada hikmahnya" ujar tok penghulu dgn tersenyum...
tak lama kemudian, kampung mereka didatangi pegawai2 atasan tentera negara itu...penduduk kampung amat bimbang kerana raja mereka amat zalim...
"raja memerintahkan semua anak muda lelaki berkumpul!..negara memerlukan tentera tambahan untuk ke medan perang!!!" arah ketua tentera...
para remaja lelaki berbaris di hadapan ketua tentera termasuk anak tok penghulu...
"kamu dikecualikan!..tak ada gunanya membawa orang yg patah tangan!!!" kata ketua tentera sambil menuding jari pada anak tok penghulu...

...diharapnya cerita tersebut memberi sedikit keinsafan kepada sesiapa sahaja yg membacanya...oleh itu untuk penghayatan yg lebih mengenai hikmah musibah, anda boleh dapat kan majalah solusi terbitan telaga biru yg terkini yg menampilkan tajuk hikmah musibah...



...insya allah majalah ini dapat membimbing kita ke jln yg lebih baik...
...apa yg penting dlm musibah adalah bagaimana kita bgun kmbali setelah diuji...
kata org bijak pandai : "it is not how low you fall but how high you bounce back!"
...sekian...wslm...

~bloodsign private limited~

2 comments:

  1. boleh tahan kelakar la ceritanya... but anyway its definitely educative...!!

  1. of coz..tq 4 da sincere comment...