dahi cecah ke sejadah...

Posted: Wednesday, March 31, 2010 by wan taruka perfect in Labels:
0


...aslm...sebuah pesanan khas buat para pembaca agar dapat lebih menginsafi diri sendiri sebelum ajal kita tiba...ingatlah bahawa ajal kita akan tiba bila2 masa sahaja tanpa kita ketahui...bagaimanakah kita di akhirat seandainya nyawa kita diambil semasa kita melakukan maksiat...betapa indahnya jika ajal kita tiba ketika kita sedang beribadah...renungkanlah...

...dahi cecah ke sejadah...solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...bersihkanlah dirimu sebelum kamu dibersihkan...tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dgn kain kafan yg serba putih...selepas itu kamu akan dibaringkan ke lantai...lalu dilaksanakanlah solat jenazah dgn 4 kali takbir & 1 salam berserta fatihah selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah...tetapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus dosa meniggalkan solat sepanjang hidup...apakah solat tanpa rukuk dan sujud itu dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput...silaplah jika kamu beranggapan sedemikian...justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat, usunglah dirimu ke tikar solat sebelum dirimu diusung ke liang lahad...menjadi makanan cacing dan makanan ulat...

...dirimu ke masjid...sebelum kamu diiringi ke pusara tangisilah dosa2 mu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa...sucikanlah kamu sebelum kamu disucikan...sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dgn panggilan izrail yg menakutkan...berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan kerana ia berguna untuk yg tinggal bukan yg pergi...istighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...ingatlah di mana sahaja kamu berada kamu tetap memijak bumi tuhan dan dibumbungi langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan...justeru, bila dia menyeru, sambutlah seruannya sebelum dia memanggil buat kali terakhirnya...

*di masjidil haram...

...ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tidak bererti, lalu menjadi segumpal darah, lalu menjadi seketul daging, lalu daging itu membaluti tulang, lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti...ingatlah asal-usulmu yg tidak bernilai itu yg kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu...tetapi allah mengangkatmu ke suatu mercu yg lebih agung daripada malaikat...lahirmu bukan untuk dunia, tetapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat...sambutlah seruannya, hayya alassolah, dgn penuh rela dan bersedia...sambutlah seruannya, hayya alalfalah, jalan kemenangan iislam di dunia...ingatlah yg kekal hanyalah amal, menjadi bekalan sepanjang jalan, menjadi teman di perjalanan bila kembali ke pangkuan tuhan...pada hari itu, tiada guna harta, takhta dan putera...isteri kad kredit dan kereta...kondominium, saham dan niaga...kalau dahi tidak cecah sejadah di dunia...renungkanlah wahai sahabatku...wslm...

*di perkuburan barqi, madinah al-munawwarah....


~bloodsign private limited~

0 comments: